Showing posts with label Hannah. Show all posts
Showing posts with label Hannah. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Hannah's 2nd Birthday @ VIVO Pizza, Bukit Tinggi

Hannah has turn 2 years old. time flies very fast. it is very scary when think about it. I'm getting old and old. It is same when goes to my little baby Hannah Aqilah. She is learning very fast. It might be because she has 2 strong suportters (Along & Angah). She has learnt good and bad things. Her development very fast compared to her kakak and abang. Can walk at 11 mons and can talk at 18 mons while her kakak and abang can walk at 15 mons and talk at 24 mons. When she talk at 18 mons, now she is very good in debating (gaduh mulut). Itu yang buat Ibu fening when ayah not around. She loves babies very much (should i produce another members). Like to dance and singging, pantang ada lagu mesti nak dancing, masa terluang akan digunakan untuk singging. suka tengok baby talk channel (618). Marah betul kalau kita tukar ke channel lain.


 Suka benar dia dengan babdy-doll, siap suruh ibu susukan baby dia lagi...
 




Budak yang suka cari gaduh...
 

Suka "mengemas"


Learn from Kakak..
 
Very cheeky... suka sangat mengacau orang

 
Happy Birthday Baby!!!!

Wednesday, October 13, 2010

Bisul

Hari ini merupakan hari ke 6 'baby' kena bisul. kesian sungguh tengok keaadannya. merenggek ja...tapi yang paling tak tahan bila dia kepalanya yang berbisul tu terantuk kat katil. menangis sampai hilang suara... 45 minit berdukung saja. ibu serba tak kena tengok keadaan 'baby'. sakit sangat ka dia? nak bawak ke hospital ker dia? bagi susu pon tak hendak. agaknya bisulnya tu berdennyut kot. ibu masih tak dapat bayangkan macamana rasa sakitnya bisul tu... sebab ibu memang tak penah kena. mungkin macam sakit jerawat kot. tak 'baby'nyer bisul nie sebesar pensil.. memanjang 1.5 inchi. bila 'baby nangis, bisul tu seolah2 membesar... dan darah keluar banyak... kata babysitter, hari nie baby dah kurang merengek...tapi darah memang keluar banyak. perlukah ibu bawak 'baby' ke klinik sekali lagi? hari isnin yang lalu ibu dh bawak 'baby' ke klinik setelah kapur yang diletakkan kat bisul 'baby' oleh babysitter tu masuk mata 'baby'. kesian baby... menagis ja sebab habuk kapur tu masuk mata. habis kedua belah kelopak mata baby bercalar dek kerana 'baby' mengosok. terus ibu bawak baby ke kliniik sebab takut nant babysitter letak kapur lagi... doc bagi antibiotik dan ubat sapu. ibu tahu niat babysitter tu baik... cuba mengubati 'baby'... ibu tak sampai hati nak kata jgn letak kapur lagi. jadi bila ibu bawak ubat dari doc, babysitter takla terasa sangat.
Hari ini darah memang banyak. dah 2 kali ibu tukarkan kapas. harap2 esok bisul itu akan kecut. kalau tak ibu kena ikhtiarkan sesuatu. Risau hati ibu.
Pity girl...

Hari ke 4 - baru balik klinik. Bisul mula membesar...

Hari ke 5 - Darah dah kering. Bisul pecah setelah kepala terhantuk kepala katik. nasib baik kepala katil tu berspan...

Hari ke 6 - Darah asyik mengalir... babysitter letakkan kapas


Note : 'baby' = Nurhannah Aqilah, putri bongsu.

Saturday, June 19, 2010

Bukit Melawati

Pada Sabtu yang lalu (19 June 2010), Selepas Majlis Aqiqah Qistina, kami sekeluarga sekali lagi membuat kunjungan ke Bukit Melawati. Apa yang menarik di sini ialah sejenis spesis (yang aku tak tau namanya) monyet yang amat jinak dan mesra.

Taufiq tak nak balik bila diajak.

Hannah juga suka. Ditarik2 bulu pipi si'monyet' itu.

Kakak takut, katanya geli bila jari jemari si'monyet' tu menyentuh tangan dia (mak dia pon geli gak).

Hannah juga tidak lepaskan peluang memberi makan si'monyet' ini. yang kelakarnya bila dia hulurkan kacang panjang dan si'monyet' menyambut, Hannah tidak melonggarkan gengamannya. itu yang membuatkan si'monyet nie marah seperti gambar2 dibawah nie...

Hannah tidak mahu melepaskan apa yang di tangannya membuatkan si'monyet' terpaksa menggunakan kedua belah tangannya. (macam nak bersalam ja, Raya lambat lagi la)


Hannah, tolong jangan tinggalkan saya. Bawalah saya bersama


Nak lagi boleh....


Ibu : Takut betul Ibu kala si'monyet' memegang tangan baby. Takut dibawa lari ke hutan nun disana.

Adakah anda akan marah?






kakak dan abang tinggalkan sos tomato setelah mereka kekenyangan.

Thursday, April 29, 2010

Abang dan Adik yang suka buat OT

2 orang anak saya ini memang amat energetic during nite time.. sampaikan ibu dan ayahnya kena buat shift untuk menjaga mereka... ibu tido dulu 9pm - 10pm... ayah look after them.. pastu ayah tido... turn ibu pulak jaga... selalunya sampai kul 1 pagi baru bateri mereka akan lemah... normally adik akan layu dulu... dan ikuti oleh abang... normally kul 1 adik tido pastu abang kul 2....

Apa yang mereka buat during OT...

Abang (3 tahun)
- Tengok TV (Tom & Jerry, Barney, Pink Panther, Mickey Mouse Club House)
- Main Laptop (Games - Barney, Bobthebuilder, thomas and freind dan yang seangkatannya dgnnya, Youtube - MTV (ibu2 bapak2...pls2 kamu jgn nakal.. aku bukannya superman... Gogo's english, Dora the explorer, Barney dan lain yang sewaktu dengannya)
- Main Blocks, kereta
- Lompat atas katil... kalau ada orang yang dah tido, lompat atas orang... kang adala orang menjerit "adoi! sakitla Taufiq....
- Susu - 4,5 botol sebelum nk tunggu pukul 2 pagi
- Toilet - dah minum banyak mestila nak ke toilet... bukan setakat kencing, berak pon mesti ada dalam jadual nie...

Adik (9 bulan)
_ Mejelajah - bukan setakat kaki (merangkak), tangan dan mulut turut mengambil bahagian (kutip dan makan apa sahaja yang diatas lantai sekiranya ayah tak menyapu untuk hari itu)
- Memanjat/ meniti - Exercise untuk cepat berjalan kot...
- Main blocks dengan abangnya
- Teman Abang main games (adakah nanti bila Hannah dah besar, Hannah jugak akan request untuk sebijik lagi Laptop?)

Berkerjasama memikirkan apa yang perlu dibina

Abang bina, Adik runtuhkan...

Apa yang korang buat tu...

Main games? youtube? barney? bobthebuilders?

Dan akibatnya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2,2 amat susah nak bangun pagi...

Monday, April 12, 2010

Hannah - Perempuan

Ada pelbagai pendapat dan pandangan mengenai sunat untuk kanak-kenak perempuan. Ada yang kata wajib, ada yang kata sunat, ada yang kata tak perlu kerana ianya hanya menyakitkan kanak-kanak tersebut. Tetapi kami as a parent memilih untuk menyunatkan anak perempuan kami kerana factor kebersihan full stop.

Semalam Nurhannah Aqilah telah berjaya disunatkan oleh Doktor Elina tanpa sebarang tangisam just merengek sedikit sahaja. Pandai betul Doktor Elina menjalankan kerjanya. Pada mulanya ibu rasa amat susah hati dan gusar kerana memikirkan susahnya hendak menjaga Hannah nanti selepas proses bersunat itu. Namun tanggapan ibu meleset sama sekali. Hannah kembali lasak seolah-olah proses tersebut sedikit pon tidak berbekas. Syukur al-hamdulillah. Anak ibu memang kuat. Jadi anak yang baik, solehah, yang mendoakan kebahgiaan ibu di dunia dan akhirat.

Hannah yang dah jadi perempuan...

Saturday, April 3, 2010

Cloth Diaper (CD)- Hannah

Hannah akan bercloth Diaper bila kat rumah sahaja. Kalau kat rumah babysitter dia akan pakai disposal punya. Kalau masa Taufiq dulu memang 100% bercloth diaper sebab hantar kat mak su. kiranya mak su bolehla tolong saya mengcloth diaperkan Taufiq. Lagipon Taufiq memang mempunyai masalah ruam yang teruk (mcm chicken pox) tapi bila pakai CD baru kulit dia ok. Masa mula2 nk belikan Taufiq CD tu memang fikir berkali2 sbb masa tu harga dia mahal memcecah RM80 each. Tapi, bila difikirkan hanya itu sahaja jalan untuk meyelesaikan masalah ruammya dan juga untuk keselesaannya maka CD pon dibeli. Apa yang Hannah pakai hari ini semuanya diperturunkan daripada abangnya...
Hannah yang berCD



Muka-muka yang mendamaikan

Sungguh menenangkan bila melihat anak-anak tido...
Sungguh cepat mereka membesar...
Akan ku hargai setiap detik dan ketika dalam membesarkan mereka...
Merekalah segalanya dalam hidupku...





Saturday, January 23, 2010

Walker untuk Hannah

Last week belikan walker untuk Hannah. Pada mulanya, memang tak nak pakaikan walker untuk Hannah biar dia explore sendiri, tapi babysitter bagi hint nk suruh pakaikan walker so beli ajerla. Alasannya kalau letak Hannah kat bawah nanti takut budak lain pijak. Kalau nak letak Hannah kat bawah kena tunggu kat sebelah, nanti keje lain tak buat. So, lepas pikir2 takperla beli ajerla walker. Kesian plak kat Hannah, dengan bantuan pak cik google dapatla ibu belikan Hannah walker biru tu, 2 in 1 walker yang mana dia boleh dijadikan toys Hannah even after dia dah boleh jalan. 1st time masukkan Hannah dalam walker tu, muka dia sungguh ceria, tersengih memanjang (anak ibu yang sorang nie memang murah senyuman). mungkin sebab banyak toys kot. Anyway, hati ibu happy bila tengok anak ibu happy. Rela berkorban apa saja membahagiakan 'mereka'. Kegembiraan 'mereka' kebahagianku.



Saturday, November 7, 2009

Hannah Menyuluq


Kepala masih di bantal....


Mula bergerak... sedikit demi sedikit....


Totally out alignment....

Hannah dh pon nk masuk 4 bulan. Sungguh cepat masa berlalu..kadang2 tu rasa takut pon ada... yer la bila dah kata "masa berlalu" bermakna usia kita pon berlalu, penyakit pon ramai yang bertenggek. Dan yang paling penting Hannah akan cepat membesar. And i have no baby. Coz Hannah not consider a baby anymore when she grown up. i want a baby.... hhuhuhuhuhu. Nevertheless, i will appreciate and make fully ulitilize of "baby's time".
Hannah sekarang sudah pandai menyuluq (bahasa utara). Bole dikira cepat jika hendak dibandingkan dgn kakak dan abangnya. mungkin kira saiz badannya kecil yang memungkinkan dia menyuluq lebih cepat. Hannah hanya 5.1kg ketika dia 3 bulan. Taufiq ketika seusia Hannah ialah 6 kilo lebih. Terdapat lebihan 1 kilo pada Taufiq. Mungkin Hnnah mengikut genetik aku maka dia lebih bersaiz kecil (hahah perasan kurus)... kalau ikut saiz ayahnya memang out la (mampuih aku kena marah).... ahahahahha

Sunday, October 18, 2009

Hannah tak duduk diam

Hannah yang tak boleh nk duduk diam... kalau org dulu2 marah sbb dudukkan baby yg masih blom boleh duduk... nnt bongkok katanya? betulker? kalau nk tahu sama ada fakta tu benar ataupon just a mitos kena la bertanya sapa2 yg bongkok di luar sana.... tinggalkan cerita bongkok tu... sbb ibu dudukkan Hannah waktu brgambar sahaja... bukan ibu takut nnt jadi bongkok tapi ibu takut nnt hannah sakit pinggang... kan ker pinggan hannah lembut lagi....


Masih patuh... good girl...




Akal mencari pasal....


Cepat sambut ibu....

Friday, October 16, 2009

Susu Hannah

Hannah dibekalkan susu yang diperah semasa keja. Kali ini Spectra 3 menjadi tool untuk mengeluarkan susu tidak seperti semasa Taufiq dahulu yang mana cara manual (perahan menggunakan tangan) dipraktikkan. Pada aku kuantiti yang dihasilkan adalah sama. Tetapi Spectra 3 memberi kelebihan yang mana aku tak payah nak lenguh2 tangan dan pada masa yang sama aku boleh memerah sambil membaca majalah.
Hari ini (12 Oct 2009) aku mendapat 12oz untuk 2 sessi. Sessi pertama aku perah sebelum keluar lunch (12 tengahari) dan sesi kedua pada pukul 5.30 petang. Hannah bukannya seorang yang kuat minum. Dia hanya akan minum 2 oz setiap kali penyusuan untuk 3 kali sehari. 2oz x 3 times = 6 oz. Setiap hari aku akan bawak balik 12 oz. 6 oz akan dibekal kepada babysitter manakala 6 oz lagi aku akan simpan sebagai stok. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memudahkan proses penyusuan Hannah. Semoga aku dapat meneruskan penyusuan ini sehingga Hannah berusia 2 tahun. Amin
Namun begitu, Isnin merupkan paling mencabar buat Mak Su (babysitter) kerana Hannah sukar hendak menerima susu yang dibekalkan. Mungkin terdapat 2 kemungkinan mengapa dia berkelakuan demikian....
1. Mungkin susu yang dibekalkan itu kurang fresh. Maklumla ianya diperahkan pada hari Jumaat minggu sebelumnya dan Hannah menggunakannya pada hari Isnin. Terdapat 3 hari gap di situ. Menurutkan kawan aku, susu yang telah difrozen dan di”thaw” adalah lain rasanya jika dibandingkan dengan susu yang tidak difrozen iaitu hanya disejukkan. Kalau peti sejuk 2 tingkat, frozen tu sebelah atas, manakala disejukkan tu sebelah bawah.
2. Mungkin Hannah mahukan yang asli. Directing feeding. Setelah 2 hari (sabtu 7 ahad) bersama ibunya, Hannah masih teringat2, terbau ibu kesayangnya….. heheheheheh….

Walaubagaimanapun, aku berharap Hannah dapat sesuaikan diri secepat mungkin.


Gambar2 ini diambil pada 22 Oct 2009

Peralatan semasa pumping session

ada spectra 3, ice pack, cooler bag, air kosong (dahaga sangat bila mengepam)....


Hasil sessi pertama....


Hasil kedua2 sessi.... botol yang sikit tu adalah hasil dari yg sebelah kiri... entah kenapa dia kurang produktif berbanding yang sebelah kanan.

Friday, October 9, 2009

Hannah - 2 bulan

Pandai senyum bila orang mengagah..
Pandai bergolek/ bergerak dari tempat asal