Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Esok, semua umat Islam akan behari raya... tak kira tua muda..sama ada yang puasa ataupon tidak... Aku akan balik kampung suami Kuala Pilah, N9. Kedah? Tahun nie tak balik coz tak ada orang kat kampung. Adik no 2... tahun nie turn umah in-law dia... adik no 3 ...keja... Cuma terkilan sebab tak dapat nak melawat kubur Mak, Ayah dan Tok.... Raya tahun nie agak sunyi dan sepi.... tidak seperti tahun sebelumnya, yang mana 3 orang insan tersayang yang berada di kampung telah tiada. Tahun 2004 aku beraya tanpa Mak... tapi tak mengapa, ayah dan tok masih menemani... tahun 2008 ayah pergi meninggalkan kami... lalu tahun tersebut hanya tinggal Tok... dimana dia sedaya upaya memenuhi dan meneruskan segala tradisi yang biasa kami lalui semasa berhari raya... masakkan ketupat palas.. bekalkan kuih raya.. bekalkan beras... Dia sehabis baik untuk tidak membuat kami adik beradik berasa kekurangan beraidil fitri di kampung... Begitu juga dengan ayah, tahun pertama berhari raya tanpa Mak, dialah yang masakkan kami daging bakar/ Air Asam/ Sup tulang untuk berbuka puasa dihari terakhir menjelang Ramadhan yang mana kebiasaan yang dilalukan oleh Mak. Menyediakan nasi merah/tomato bersama ayam masak merah (hidangan yang wajib ada di pagi raya.
Bersyukurlah pada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa. Hargai mereka selagi hayat dikandung badan. Menjenguklah mereka di kampung....

Ya Allah Ya tuhan, kau tempatkanlah Mak, Ayah dan Tok di tempat orang yang beriman. Amin...

p/s : Rindu air tangan Mak/Ayah/Tok