Wednesday, October 13, 2010

Bisul

Hari ini merupakan hari ke 6 'baby' kena bisul. kesian sungguh tengok keaadannya. merenggek ja...tapi yang paling tak tahan bila dia kepalanya yang berbisul tu terantuk kat katil. menangis sampai hilang suara... 45 minit berdukung saja. ibu serba tak kena tengok keadaan 'baby'. sakit sangat ka dia? nak bawak ke hospital ker dia? bagi susu pon tak hendak. agaknya bisulnya tu berdennyut kot. ibu masih tak dapat bayangkan macamana rasa sakitnya bisul tu... sebab ibu memang tak penah kena. mungkin macam sakit jerawat kot. tak 'baby'nyer bisul nie sebesar pensil.. memanjang 1.5 inchi. bila 'baby nangis, bisul tu seolah2 membesar... dan darah keluar banyak... kata babysitter, hari nie baby dah kurang merengek...tapi darah memang keluar banyak. perlukah ibu bawak 'baby' ke klinik sekali lagi? hari isnin yang lalu ibu dh bawak 'baby' ke klinik setelah kapur yang diletakkan kat bisul 'baby' oleh babysitter tu masuk mata 'baby'. kesian baby... menagis ja sebab habuk kapur tu masuk mata. habis kedua belah kelopak mata baby bercalar dek kerana 'baby' mengosok. terus ibu bawak baby ke kliniik sebab takut nant babysitter letak kapur lagi... doc bagi antibiotik dan ubat sapu. ibu tahu niat babysitter tu baik... cuba mengubati 'baby'... ibu tak sampai hati nak kata jgn letak kapur lagi. jadi bila ibu bawak ubat dari doc, babysitter takla terasa sangat.
Hari ini darah memang banyak. dah 2 kali ibu tukarkan kapas. harap2 esok bisul itu akan kecut. kalau tak ibu kena ikhtiarkan sesuatu. Risau hati ibu.
Pity girl...

Hari ke 4 - baru balik klinik. Bisul mula membesar...

Hari ke 5 - Darah dah kering. Bisul pecah setelah kepala terhantuk kepala katik. nasib baik kepala katil tu berspan...

Hari ke 6 - Darah asyik mengalir... babysitter letakkan kapas


Note : 'baby' = Nurhannah Aqilah, putri bongsu.

Sunday, October 3, 2010

Taman Rama-Rama, Melaka

Orang pegi raya... kami pegi raya dengan rama2 kat Melaka.
Hidayah dan Taufiq memang la excited sebab hari nk pegi tamanrama2 lat KL tak jadi sebab mahal sangat dan rasa terbaloi. nie kira nak tebis balik la nie....
Hannah memang la tak tahu apa2 bila kita ckp kat dia tmn rama2. tapi bila sampai sana dia la yang paling excited. sama naik suara dia dengan suara burong... menjerit ja kerja dia. almaklum la selama ini hanya dapat tgk kucing saja... tu pon jarang2... sebab tu bila ternampak kucing lalu terus boleh berenti nangis.




Selamat Hari Raya!!

Raya tahun nie kami berhari raya di N9, tanpa balik kedah. Islah balik umah mak mentua. Adib cuti. kalau aku balik kedah pon takdak sapa. rasa mcm dok kat klang. 5 orang saja....
Raya tahun nie, Hannah dan Taufiq bangun lambat. kena kejutkan untuk mandi. tu pon agak liat nak mandi. Hasilnya Hannah & Taufiq nie. mogok. Taufiq tak nak pakai baju melayu baru... dia minta baju melayu tahun lepas. apa kehalnya nak pakai baju raja tahun lepas.. sampin dan songkok jgn harapla... memang dia tak penah pakai sepajang usia dia 3 tahun... harap2 tahun depan dia akan pakai sampin dan songkok... teringin sangat nak tengok dia pakai.
Hannah pulak sampai ke bilik air masa tido lagi... tu la semalam suruh tido awal tak nak... asyik merayap saja...
Kakak... mcm biasala... excited ngan baju baru, tudung baru, kasut baru... inai baru... kali ini mandi memang tk payah nk suruh....

Aku, teringat kenangan masa budak2... semangat bangun pagi.. mak dan ayah memng lagi awal bangun 5 pagi kot... depa akan masak nasi merah or nasi tomato... aku terbangun dek kerana terbau wangi dari tumisan bawang. lepas mandi kami sekeluarga akan duduk dan bersalaman. kata Mak lebih baik berslaman sebelom semayang sebab nanti bila dah semayang orang keluar semajid terus dtg umah... nnt tak sempat.. lepas bersalaman aku ikut mak ke masjid.. balik masjid aku teurs ilang... pegi raya... kumpul duit... perut kenyang dgn air... sampai 3 ptg raya... balik umah tanya mak ada apa2 program tak? kalau takder nak sambung raya... memang best... tapi sekarang nie kalau nk lepas anak2 aku pegi raya... memang aku tak harap....takut jatuh parit or duit tercicir kat tengah jalan (macam aku)

Kaler tahun nie adalah perpel... tahun depan nk amik apa ha? peach kot?

Muka monyok jer..


Dah lama sikit barula nk senyum...