Saturday, June 19, 2010

Bukit Melawati

Pada Sabtu yang lalu (19 June 2010), Selepas Majlis Aqiqah Qistina, kami sekeluarga sekali lagi membuat kunjungan ke Bukit Melawati. Apa yang menarik di sini ialah sejenis spesis (yang aku tak tau namanya) monyet yang amat jinak dan mesra.

Taufiq tak nak balik bila diajak.

Hannah juga suka. Ditarik2 bulu pipi si'monyet' itu.

Kakak takut, katanya geli bila jari jemari si'monyet' tu menyentuh tangan dia (mak dia pon geli gak).

Hannah juga tidak lepaskan peluang memberi makan si'monyet' ini. yang kelakarnya bila dia hulurkan kacang panjang dan si'monyet' menyambut, Hannah tidak melonggarkan gengamannya. itu yang membuatkan si'monyet nie marah seperti gambar2 dibawah nie...

Hannah tidak mahu melepaskan apa yang di tangannya membuatkan si'monyet' terpaksa menggunakan kedua belah tangannya. (macam nak bersalam ja, Raya lambat lagi la)


Hannah, tolong jangan tinggalkan saya. Bawalah saya bersama


Nak lagi boleh....


Ibu : Takut betul Ibu kala si'monyet' memegang tangan baby. Takut dibawa lari ke hutan nun disana.

No comments: