Wednesday, October 13, 2010

Bisul

Hari ini merupakan hari ke 6 'baby' kena bisul. kesian sungguh tengok keaadannya. merenggek ja...tapi yang paling tak tahan bila dia kepalanya yang berbisul tu terantuk kat katil. menangis sampai hilang suara... 45 minit berdukung saja. ibu serba tak kena tengok keadaan 'baby'. sakit sangat ka dia? nak bawak ke hospital ker dia? bagi susu pon tak hendak. agaknya bisulnya tu berdennyut kot. ibu masih tak dapat bayangkan macamana rasa sakitnya bisul tu... sebab ibu memang tak penah kena. mungkin macam sakit jerawat kot. tak 'baby'nyer bisul nie sebesar pensil.. memanjang 1.5 inchi. bila 'baby nangis, bisul tu seolah2 membesar... dan darah keluar banyak... kata babysitter, hari nie baby dah kurang merengek...tapi darah memang keluar banyak. perlukah ibu bawak 'baby' ke klinik sekali lagi? hari isnin yang lalu ibu dh bawak 'baby' ke klinik setelah kapur yang diletakkan kat bisul 'baby' oleh babysitter tu masuk mata 'baby'. kesian baby... menagis ja sebab habuk kapur tu masuk mata. habis kedua belah kelopak mata baby bercalar dek kerana 'baby' mengosok. terus ibu bawak baby ke kliniik sebab takut nant babysitter letak kapur lagi... doc bagi antibiotik dan ubat sapu. ibu tahu niat babysitter tu baik... cuba mengubati 'baby'... ibu tak sampai hati nak kata jgn letak kapur lagi. jadi bila ibu bawak ubat dari doc, babysitter takla terasa sangat.
Hari ini darah memang banyak. dah 2 kali ibu tukarkan kapas. harap2 esok bisul itu akan kecut. kalau tak ibu kena ikhtiarkan sesuatu. Risau hati ibu.
Pity girl...

Hari ke 4 - baru balik klinik. Bisul mula membesar...

Hari ke 5 - Darah dah kering. Bisul pecah setelah kepala terhantuk kepala katik. nasib baik kepala katil tu berspan...

Hari ke 6 - Darah asyik mengalir... babysitter letakkan kapas


Note : 'baby' = Nurhannah Aqilah, putri bongsu.

No comments: