Tuesday, September 29, 2009

Nurhannah Aqilah

Nurhannah Aqilah di lahirkan pada 19 Julai 2009 pukul 4.40 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Melahirkannya adalah yang paling mudah jika dibandingkan dengan kakak dan abangnya. Contraction datang menyerang pada pukul 1.30 pagi. Itupun sangatla mild dan light. Aku masih mampu bertahan. Aku di sorong masuk ke labour room pada pukul 3.30 pagi. Dipecahkan air ketuban pada pukul 3.40 pagi. Pada pukul 4.30 pagi contraction kuat datang dan aku diberi ethanox gas. Dan 4.40 pagi Hannah telah menjenguk ke dunia tanpa sebarang episotomi mahupun jahitan. Syukur alhamdullillah kerana memudahkan perjalanan hidup. Ini memudahkan aku untuk bergerak dan menguruskan Hannah kerana aku berpantang sendiri di Klang dan tidak balik ke negeri kelahiranku sepertimana yang telah aku lakukan untuk Hidayah dan Taufiq.
Jaundice menyerang Hannah pada usia 1 minggu dan makin berkurangan ketika dia berusia 3 minggu. Dalam tempoh itu, kami terpaksa berulang alik ke klinik untuk memeriksa darahnya. Alhamdullillah bacaanya makin berkurangan.
Kini Hannah sudah pon berusia 70 hari ketika entry ini ditulis. Moga Hannah akan menjadi anak solehah yang bijak dan taat pada ibu, bapa dan agama.

NAMA : Nurhannah Aqilah Binti Ahmad Zawal
BERAT (lahir) : 3.288kg
BERAT (1 bulan) : 4kg
BERAT (2 bulan) : 4.6kg
HOBI : Tidur dan mengosok muka dengan booties
BENCI : Air sejuk (terutama ketika mandi @ tukar diaper)
MAKANAN KEGEMARAN : Susu Ibu



sejam yang pertama mejenguk kedunia

Hari kedua....

2 bulan

Thursday, September 10, 2009

Chicken Dance

Hari Konvokesyen Tadika Kakak.... kakak kena buat persembahan "Chicken Dance" untuk kakak2 dan abang2 6 tahun.

Tahun depan kakak pulak yang akan dikonvokan....




Monday, September 7, 2009

Exzos Motor

Di suatu petang yang indah, Taufiq tengah main dengan bola-bola kecil dia... tetiba ayahnya balik dari sekolah... sungguh happy dia sambut ayahnya... and then we all pon masuk la dalam rumah.. Tapi Taufiq keluar balik sebab dia teringatkan aktiviti dia tadi... dia sambung balik main bola-bola keciknya... sudah ditakdirkan, salah satu daripada bola kecilnya itu bergoleh ke arah motor yang ekzosnya masih panas... dia pun pegi mendapatkan bola tersebut.. semasa hendak bangun selepas mengutip bola tersebut, snerp.... belakangnya terkena chop mohor besar... menangis kesakitan la dia... Kesian Taufiq... letakkan Jelly Gamat... Takper, Taufiq kan budak kuat... Caiyok! caiyok!...


Muka budak kejadian


Seperti di dera oleh ibu bapanya..



Close-up