Thursday, October 29, 2009

permata hatiku

http://www.youtube.com/watch?v=8Y1htXFtIMs

Sunday, October 18, 2009

Hannah tak duduk diam

Hannah yang tak boleh nk duduk diam... kalau org dulu2 marah sbb dudukkan baby yg masih blom boleh duduk... nnt bongkok katanya? betulker? kalau nk tahu sama ada fakta tu benar ataupon just a mitos kena la bertanya sapa2 yg bongkok di luar sana.... tinggalkan cerita bongkok tu... sbb ibu dudukkan Hannah waktu brgambar sahaja... bukan ibu takut nnt jadi bongkok tapi ibu takut nnt hannah sakit pinggang... kan ker pinggan hannah lembut lagi....


Masih patuh... good girl...




Akal mencari pasal....


Cepat sambut ibu....

mangga

Pokok ini adalah pemberian arwah ayah sebelum dia meninggal. 1st time dia berbungga walaupon dia setinggi Taufiq.





Hari Raya 2009

Raya kali ini di Kedah. Hari Raya yang serba kekurangan tanpa emak dan ayah.
Namun begitu bersyukurlah dengan apa yang ada jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang lebih teruk/ menderita. Gunakan apa yang ada dan olahkan kekurangan.

Tema kali ini adalah 'pink'...
















On the way balik Klang, singgah Bukit Merah jap..










Friday, October 16, 2009

Susu Hannah

Hannah dibekalkan susu yang diperah semasa keja. Kali ini Spectra 3 menjadi tool untuk mengeluarkan susu tidak seperti semasa Taufiq dahulu yang mana cara manual (perahan menggunakan tangan) dipraktikkan. Pada aku kuantiti yang dihasilkan adalah sama. Tetapi Spectra 3 memberi kelebihan yang mana aku tak payah nak lenguh2 tangan dan pada masa yang sama aku boleh memerah sambil membaca majalah.
Hari ini (12 Oct 2009) aku mendapat 12oz untuk 2 sessi. Sessi pertama aku perah sebelum keluar lunch (12 tengahari) dan sesi kedua pada pukul 5.30 petang. Hannah bukannya seorang yang kuat minum. Dia hanya akan minum 2 oz setiap kali penyusuan untuk 3 kali sehari. 2oz x 3 times = 6 oz. Setiap hari aku akan bawak balik 12 oz. 6 oz akan dibekal kepada babysitter manakala 6 oz lagi aku akan simpan sebagai stok. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memudahkan proses penyusuan Hannah. Semoga aku dapat meneruskan penyusuan ini sehingga Hannah berusia 2 tahun. Amin
Namun begitu, Isnin merupkan paling mencabar buat Mak Su (babysitter) kerana Hannah sukar hendak menerima susu yang dibekalkan. Mungkin terdapat 2 kemungkinan mengapa dia berkelakuan demikian....
1. Mungkin susu yang dibekalkan itu kurang fresh. Maklumla ianya diperahkan pada hari Jumaat minggu sebelumnya dan Hannah menggunakannya pada hari Isnin. Terdapat 3 hari gap di situ. Menurutkan kawan aku, susu yang telah difrozen dan di”thaw” adalah lain rasanya jika dibandingkan dengan susu yang tidak difrozen iaitu hanya disejukkan. Kalau peti sejuk 2 tingkat, frozen tu sebelah atas, manakala disejukkan tu sebelah bawah.
2. Mungkin Hannah mahukan yang asli. Directing feeding. Setelah 2 hari (sabtu 7 ahad) bersama ibunya, Hannah masih teringat2, terbau ibu kesayangnya….. heheheheheh….

Walaubagaimanapun, aku berharap Hannah dapat sesuaikan diri secepat mungkin.


Gambar2 ini diambil pada 22 Oct 2009

Peralatan semasa pumping session

ada spectra 3, ice pack, cooler bag, air kosong (dahaga sangat bila mengepam)....


Hasil sessi pertama....


Hasil kedua2 sessi.... botol yang sikit tu adalah hasil dari yg sebelah kiri... entah kenapa dia kurang produktif berbanding yang sebelah kanan.

Friday, October 9, 2009

Hannah - 2 bulan

Pandai senyum bila orang mengagah..
Pandai bergolek/ bergerak dari tempat asal