Tuesday, May 19, 2009

GDM Reading

Syukur alhamdulillah... reading BSP (Blood Sugar Profile) semalam ok.. (8am - 4.6, 10am - 6.4, 2pm - 6.1, 8pm - 4.4).... harap ianya akan kekal begitu.....

Friday, May 15, 2009

Persediaan raya

wakakakakka.... puasa pon blom dh say bock nk raye.... hehhhehe... aku kena buat persiapan raya awal2 coz masa tu aku dh ada baby yg mungkin umur dia 30++ days... so leceh sikit la kalau nk jalan cari barang.... so last weekend pegi la jalan2 kat SACC Mall (hidayah sebut KLCC Mall).. dapatla jugak baju yang berkenan di hati... tapi 70% tu hanya untuk anak dara aku... hanya 30% saja untuk anak bujang aku... tak tau la napa baju girl saja yang cantik... baju boy mcm tak berapa nk berkenan... mungkin kena g shooping kali ke 2 kot.... heheheheheheh... rabak pocket.... kebanyakkan yang di beli adalah t-shirt....
2 helai ja baju untuk anak bujang aku (t-shirt warna biru dan oren tu)... cian Taufiq... untuk Hidayah dh kira complete la.... cuma belikan baju kurung ja....
(Entry ini dibuat atas permintaan Nurhidayah Aqilah)

Thursday, May 14, 2009

GDM (Gestational Diabetes Mellitus)

Begitulah tajuk entri kali ini..... setelah sekian lama tidak menghapdetkan blog ini....Kalau dulu aku tak tau apa itu GDM, now I know it very well, inside and outside. Why? Coz I am having GDM right now. Sedihla jugak… muda2 lagi dh kena GDM(muda ka aku?) … aku harap 'dia' hanya singgah sekejap sahaja… once baby had delivered… everything will be fine….
Skang aku kena kawal diet… hari tu pegi jumpa dietician… banyak gak la yang kena pantang… minyak, gula, marjerin, santan semuanya 2 sudu kecil sehari… huhuhuhu…. My favourite drink.. MILO pon kena banned… dia suruh aku minum teh O or Kopi O without sugar… I have been tried before to take these drinks… tapi tak jalan… rasa cam minum jamu lak…. Sedangkan aku nie blom lagi bersalin…. Kadang tu kalau rasa lapar sangat aku pi la buat milo …. Letak 2 sudu kecil MILO and air panas… rasanya memang menyampahkan tapi lebih baik dari minum “jamu’ .
18hb ni kena pi amik BSP (Blood Sugar Profile)… kena amik 4 kali…. Pukul 8.00am, 10.00am, 2.00pm dan 8.00pm…. aku pon tak sabar nk tgk bacaan dia setelah 5 hari aku ikut diet yg disarankan… harap bacaannya normal kembali….
________________________________________

Diabetes semasa Hamil

Apakah Diabetes Melitus?
Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Melitus semasa kehamilan?
Diabetes Melitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.

Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?
Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk.Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.

Adakah GDM kerap berlaku?
Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan.

Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya.Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:
1. Sejarah keluarga menghidapi diabetes.
2. Wanita berumur (>35 tahun).
3. Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.
4. Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran.
5. Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
6. Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada Kulit.

Bagaimana penyakit ini dikesan?
Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan. Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.

Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?
Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika pelahiran dan kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.

Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?
GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.