Muhamad Taufiq Aqil memang mempunyai mata yang super power di waktu malam sejak dia masih baby. Kalau semasa bayi dia akan tidur pukul 10 dan akan bangun semula pukul 4 pagi dengan energy yang penuh dan semangat untuk bermain. Dia penah merangkak masuk dalam bilik air dan bermain air dikala 4 pagi itu (nasib baik ibu tersedar)
Apabila dia meningkat umur 3 tahun, jadual tidurnya dah berubah.Hanya akan melelapkan matanya apabila jam berdetik 2 kali. Letih Ibu nak tunggu. Selalunya ayahnya menjadi mangsa. (mungkin ikut perangai ayahnya yang suka tidue lewat)
Harap2 jadual Taufiq akan berubah lagi bila bersekolah nanti.
p/s : "Baby, jangan ikut perangai Angah tau. Letih Ibu nak nunggu"





No comments:
Post a Comment