Friday, May 11, 2007

Dropping Production

Lately, pengeluaran susu makin merusut. Adakah kerna diet aku? kurang pasti. Tapi bila perah aja sikit saja kuar. Sometimes takleh nk wat stok. Stok dalam fridge pon makin susut. Sememang aku sat n sun tak perah coz baby asyik melekat ja. Kalau nk perah pun, on Sunday nite la, coz nk bekalkan fresh milk kat babysitter. itupon memerlukan kekuatan yang tinggi untuk bangun malam. hehehhehe.... (payah sikit nk bgn tgh malam...sebab selama nie susu tak yah bancuh... sambil tido ajer aku bagi susu) kekadang tu terlajak la jugak, akibatnya pagi tu kelam kelibut. bukannya apa, ada org kata fresh milk ni lebih sedap dr susu yg telah dibekukan. so aku kesian lak kat taufiq nnt dia minum cum mkn tak sedap lak. so aku campurkan 3 fresh 1 beku coz Babysitter dia kata Taufiq nie minum 4 kali sehari. Aku pon tak pasti selama mana aku mampu menyusukan dan membekalkan Taufiq dengan susu. Harap Allah murahkan rezeki dia dan memperbanyakkan susu aku nie. Kalau boleh aku mahu nyusukan dia sehingga dia berusia 2 tahun. Amin. Rakan2 di Susuibu.com banyak memberi semangat dan peransang. Tanpa mereka mungkin Taufiq dh pon diberikan susu formula. Bukan mudah nk fully breastfeeding banyak rintangan dan dugaan sama ada dari kita sendiri ataupon org yg paling hampir dgn kita. Moga Allah tabahkan diriku. Dan yang paling aku takut adalah bila masuk tempat kerja baru nnt... ada ker tempat aku nk memerah?

No comments: