Nurhannah Aqilah di lahirkan pada 19 Julai 2009 pukul 4.40 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Melahirkannya adalah yang paling mudah jika dibandingkan dengan kakak dan abangnya. Contraction datang menyerang pada pukul 1.30 pagi. Itupun sangatla mild dan light. Aku masih mampu bertahan. Aku di sorong masuk ke labour room pada pukul 3.30 pagi. Dipecahkan air ketuban pada pukul 3.40 pagi. Pada pukul 4.30 pagi contraction kuat datang dan aku diberi ethanox gas. Dan 4.40 pagi Hannah telah menjenguk ke dunia tanpa sebarang episotomi mahupun jahitan. Syukur alhamdullillah kerana memudahkan perjalanan hidup. Ini memudahkan aku untuk bergerak dan menguruskan Hannah kerana aku berpantang sendiri di Klang dan tidak balik ke negeri kelahiranku sepertimana yang telah aku lakukan untuk Hidayah dan Taufiq.
Jaundice menyerang Hannah pada usia 1 minggu dan makin berkurangan ketika dia berusia 3 minggu. Dalam tempoh itu, kami terpaksa berulang alik ke klinik untuk memeriksa darahnya. Alhamdullillah bacaanya makin berkurangan.
Kini Hannah sudah pon berusia 70 hari ketika entry ini ditulis. Moga Hannah akan menjadi anak solehah yang bijak dan taat pada ibu, bapa dan agama.
NAMA : Nurhannah Aqilah Binti Ahmad Zawal
BERAT (lahir) : 3.288kg
BERAT (1 bulan) : 4kg
BERAT (2 bulan) : 4.6kg
HOBI : Tidur dan mengosok muka dengan booties
BENCI : Air sejuk (terutama ketika mandi @ tukar diaper)
MAKANAN KEGEMARAN : Susu Ibusejam yang pertama mejenguk kedunia
Hari kedua....
2 bulan
No comments:
Post a Comment