Monday, August 1, 2011

Hannah jatuh

Tak tau macam mana ia terjadi.... Kakak memegang tangan hannah, berjalan nak beli keropok, baru ajer 20 saat hilang dari pandangan ibu, terdengar suara Hannah menangis, segera berlari ke arahnya, check apa yang berlaku. 1st, ibu check kepala lutut, Ok...kemudian tapak tangan, siku..Ok.... astagfirullahalazim.... baru tersedar yang kepalanya dah berdarah, dah mula membengkak.... cepat2 bawak masuk umah dan letak minyak.... tanya kakak, macam mana dia jatuh, "tak tau".... pegang tangan Hannah tak, "pegang".... mcmana la agak dia jatuh....


Sunday, July 24, 2011

Sekitar sambutan hari lahir Hannah

Sambutan Hari Jadi Nurhannah Aqilah. Kami memilih untuk ke Vivo Pizza's.... dan order Chocolate Indulgence (Secret Recipe).... Taufiq kata, "Ibu, kek ni ada aiskrim la".... Ibu kata, "bagus, nnt kita tak yah la kita beli aiskrim lagi"..... Pizza dia memang Marvelous...










Hannah's 2nd Birthday @ VIVO Pizza, Bukit Tinggi

Hannah has turn 2 years old. time flies very fast. it is very scary when think about it. I'm getting old and old. It is same when goes to my little baby Hannah Aqilah. She is learning very fast. It might be because she has 2 strong suportters (Along & Angah). She has learnt good and bad things. Her development very fast compared to her kakak and abang. Can walk at 11 mons and can talk at 18 mons while her kakak and abang can walk at 15 mons and talk at 24 mons. When she talk at 18 mons, now she is very good in debating (gaduh mulut). Itu yang buat Ibu fening when ayah not around. She loves babies very much (should i produce another members). Like to dance and singging, pantang ada lagu mesti nak dancing, masa terluang akan digunakan untuk singging. suka tengok baby talk channel (618). Marah betul kalau kita tukar ke channel lain.


 Suka benar dia dengan babdy-doll, siap suruh ibu susukan baby dia lagi...
 




Budak yang suka cari gaduh...
 

Suka "mengemas"


Learn from Kakak..
 
Very cheeky... suka sangat mengacau orang

 
Happy Birthday Baby!!!!

Monday, May 2, 2011

Heppi Bufday Kakak!

28 April yang lalu adalah Befday Kakak.. sudah 7 tahun.. tak sangka sungguh cepat masa berlalu.. rasa macam baru jer aku keluar hospital setelah melahirkannya... Alhamdulliah.. Allah kurniakan anak sepertinya.. bertanggungjawab dalam menjaga adik2nya... mendengar kata...
Kebanyakkan masanya banyak di sekolah. Sekolah zaman sekarang, Pagi ke sekolah agama, balik rumah babsitter kul 11.30, mandi, tukar baju dan makan, semuanya mesti dilakukan dalam masa 1. jam 12.30 van akan datang ambil kakak untuk ke seolah Kebangsaan. Balik dari sekolah Kebangsaan terus ke rumah... kul 7.15 baru sampai umah... balik terus mandi dan makan kemudian baca Iqra' ... lepas u buat kerja sekolah... betapa tightnya jadual kakak. kesian... sampai kekadang tu tertidur masa tengah buat kerja sekolah.... Hari2 ibu akan bagi duit RM2 sebelah pagi dan RM 2 sebelah petang. Antara dialog2 yang berkisar tentang RM2.

Ibu : Kakak beli apa kat sekolah hari nie?
Kakak : Kakak beli Air lima posen, Nasi lemak singgit
Ibu : Mana lagi lima posen?
Kakak : Kakak kasi kawan?
Ibu : Kenapa kasi kawan?
Kakak : Dia dah beli air RM1, takkan dia nak minum ja.. kakak kasi RM0.50 suruh dia beli nasi lemak (baik hatinya pulak!)
Ibu : Apasal nasi kakak RM1, nasi dia RM0.50?
Kakak : ada 2 nasi, satu lima posen satu lagi singgit.
Ibu : Apasal kakak tak amik yang lima posen?
Kakak : Malas nak ambil baki bila kakak kasi singgit... (amboi! ingat kaya sangat ker kita nie)
Ibu : Kawan kakak tu bawak singgit jer ker satu hari?
Kakak : Dia bawak RM2.00, tapi ibu dia suruh simpan RM 1(Ibu dan anak pandai berjimat)
Ibu : Kakak simpan berapa hari nie?
Kakak : kan ker duit ibu ngan ayah banyak...
Ibu : (Duit syiling memang la nampak banyak...)

Kesimpulan : both of us kena pergi training. How to manage our financial...












Tuesday, January 11, 2011

Happy Birthday Taufiq!

Muhamad Taufiq Aqil Bin Ahmad Zawal

6 Mons old



1 year old plus

2 years old plus....




3 years old plus






Hari ini genapla 4 tahun anak bujangku sorang nie. Dia dah mula bersekolah. kalau hari ni orang lain dah sekolah 7 hari, tapi dia hanya bersekolah 2 hari. Terdapat 2 kekangang yang menyebabkan dia bersolah hanya 2 hari. 3 hari ponteng yang pertama, adalah kerana atuknya (bapak mertua den) meninggal dan 2 hari yang berikutanya adalah kerana cirit birit dan demam. kesian anak aku... sehingga hari ini dia masih cirit birit dan demam. makan pon tak nak... semalam dia request nak makan kfc... ayahnya layan jugak... pergila beli kfc untuk dia wlupon makanan tu termasuk dalam kumpulan yang tidak sehat... heheheheheh...

Ank bujang aku nie agak cunning. suka kacau 'baby' dan gaduh dengan kakaknya... selalu menggunakan air matanya untuk memenagi sesuatu... mcm pompuan la anak ibu nie... mempunyai sifat malu yang mata tebal... contohnya, kalau ada orang luar kat dalam umah nie. dia tidak akan buka seluarnya (sama ada untuk berak atau kencing sehinggalah orang tersebut balik, barulah dia akan menyempurnakan hajatnya. Ibu tak tahu macamana Taufiq akan melepaskan hajatnya di sekolah nanti. mampukah dia menundakan hajatnya sehingga sekolah berakhir... Ibu harap malu taufiq itu akan menipis untuk kesenanganmu nanti.

Selamat Hari Lahir anakku.... Moga menjadi anak yang soleh, bijak dan pandai dan dipanjangkan umor dalam kebaikan....

Sunday, January 2, 2011

Day 1 - Teluk Batik

Tahun ni kami memilih Teluk Batik sebagai tempat percutian kami setelah mereject beberapa destinasi yang lain. 19-21 December 2010, Teluk Batik we are coming....

Wajah2 ceria....


Just check-in... Marina Cove Resort Teluk Batik..


Bersiap sedia untuk menjelajah pantai dulu.... Pantai Teluk Batik.. We're coming.... just 5 min drive from the hotel....pantainya cantik dan bersih... macam pantai kat Pulau Pangkor...

Sekitar Teluk Batik.... Makan Aiskrim dulu sebelum berenang
Berenang2 ditepian pantai




Istana pasir is on the way




Bertemu sahabar lama yang 12 tahun tak ketemu - Elly
Selesai sudah hari pertama yang memenatkan yet menyeronokan especially the kids...