Tuesday, January 11, 2011

Happy Birthday Taufiq!

Muhamad Taufiq Aqil Bin Ahmad Zawal

6 Mons old



1 year old plus

2 years old plus....




3 years old plus






Hari ini genapla 4 tahun anak bujangku sorang nie. Dia dah mula bersekolah. kalau hari ni orang lain dah sekolah 7 hari, tapi dia hanya bersekolah 2 hari. Terdapat 2 kekangang yang menyebabkan dia bersolah hanya 2 hari. 3 hari ponteng yang pertama, adalah kerana atuknya (bapak mertua den) meninggal dan 2 hari yang berikutanya adalah kerana cirit birit dan demam. kesian anak aku... sehingga hari ini dia masih cirit birit dan demam. makan pon tak nak... semalam dia request nak makan kfc... ayahnya layan jugak... pergila beli kfc untuk dia wlupon makanan tu termasuk dalam kumpulan yang tidak sehat... heheheheheh...

Ank bujang aku nie agak cunning. suka kacau 'baby' dan gaduh dengan kakaknya... selalu menggunakan air matanya untuk memenagi sesuatu... mcm pompuan la anak ibu nie... mempunyai sifat malu yang mata tebal... contohnya, kalau ada orang luar kat dalam umah nie. dia tidak akan buka seluarnya (sama ada untuk berak atau kencing sehinggalah orang tersebut balik, barulah dia akan menyempurnakan hajatnya. Ibu tak tahu macamana Taufiq akan melepaskan hajatnya di sekolah nanti. mampukah dia menundakan hajatnya sehingga sekolah berakhir... Ibu harap malu taufiq itu akan menipis untuk kesenanganmu nanti.

Selamat Hari Lahir anakku.... Moga menjadi anak yang soleh, bijak dan pandai dan dipanjangkan umor dalam kebaikan....

Sunday, January 2, 2011

Day 1 - Teluk Batik

Tahun ni kami memilih Teluk Batik sebagai tempat percutian kami setelah mereject beberapa destinasi yang lain. 19-21 December 2010, Teluk Batik we are coming....

Wajah2 ceria....


Just check-in... Marina Cove Resort Teluk Batik..


Bersiap sedia untuk menjelajah pantai dulu.... Pantai Teluk Batik.. We're coming.... just 5 min drive from the hotel....pantainya cantik dan bersih... macam pantai kat Pulau Pangkor...

Sekitar Teluk Batik.... Makan Aiskrim dulu sebelum berenang
Berenang2 ditepian pantai




Istana pasir is on the way




Bertemu sahabar lama yang 12 tahun tak ketemu - Elly
Selesai sudah hari pertama yang memenatkan yet menyeronokan especially the kids...

Saturday, December 18, 2010

Kenduri Kawin

Sepupu ku akhirnya selamat diijab kabulkan... ramai la jugak famili kat kedah turun kat KL... ada yang sesat sampai ke Segambut la... Gombakla... aku.. happy... dapat bertemu semula sanak saudara yang jarang2 bertemu... mungkin setahun sekali kot... akad nikah kat Pandan Indah... Hannah yang paling Hepi sebab dapat 2 kawan yang sebaya dengan dia... Hannah dia pandai berkawan... yg paling kelakar bila 3 budak kecik tu bersembang dalam bahasa diaorang.... Makcik ada amik Homestay kat Jalan Semarak... so, walaupon ku ni consider dekat la jugak umah aku nak ke rumah mak cik... tapi aku tetap jugak tido kat sana... saja nk berkumpul ngan diaorg... tu... nak sembang2... tapi malangnya... aku tak dapat nk tumpukan perhtian terhadap penyembangna itu lantaran, Hannah suka sangat panjat tangga kat umah tu... keja aku ialah pegi kutip dia setiap kali dia panjat... abang dan kakak? entah mana ilang... umah tu ada 6 bilik... so mungkinb ada dalam salah satu daripada 6 bilik tu kot... ibu dia pon tak pedulik bila diaorg dah dapat kawan....pukul 1 lebih barulah semuanya masuk tidoq....

Letih...


Bersama Insyirah Sofea... Istiqfar takder dalam gambar... susah benar nk amik gambarnya..

Hannah dan CD Player

Budak kecik sorang nie dah pandai pasang CD sendirik... her favourite Cd's is Barney and Freinds. pagi2 buta, celik ja mata mesti nak pasangg CD tu... sebelom tido. mesti kena Barney tu 'buaikan'. kalau hari kerja, balik ja umah mesti kena buka CD tu... tak tahu la berapa lama CD dan CD Player itu akan bertahan.

Bersedia untuk berdancing....


Sangat suka menari...


Kekadang kena monitor jugak... sebab dia suka sangat masukkan 2 CD sekaligus....

Friday, November 12, 2010

Mandi Kolam





Berenang kat kolam Pandamaran dengan swimming suit baru (kakak punya swimming suit agak susah nak cari, kena menjelajah 3 pasaraya baru jumpa saiz. pastu saiz dia plak ada kat yang berjenama ajer. Bankrup). . best jugak. yang paling suka budak2 la... Angah agak takut nak masuk dalam air.pegang kat tepi2 ajer. Mungkin nak kena pegi berkali2 batula keyakinan tu mendalam... bayaran masuk agak berpatutan. RM1.50 untuk kanak2 dan RM4.00 untuk dewasa. harga itu adalah untuk hari minggu. on weekday harga dia lebih murah dari hari minggu.

Wednesday, October 13, 2010

Bisul

Hari ini merupakan hari ke 6 'baby' kena bisul. kesian sungguh tengok keaadannya. merenggek ja...tapi yang paling tak tahan bila dia kepalanya yang berbisul tu terantuk kat katil. menangis sampai hilang suara... 45 minit berdukung saja. ibu serba tak kena tengok keadaan 'baby'. sakit sangat ka dia? nak bawak ke hospital ker dia? bagi susu pon tak hendak. agaknya bisulnya tu berdennyut kot. ibu masih tak dapat bayangkan macamana rasa sakitnya bisul tu... sebab ibu memang tak penah kena. mungkin macam sakit jerawat kot. tak 'baby'nyer bisul nie sebesar pensil.. memanjang 1.5 inchi. bila 'baby nangis, bisul tu seolah2 membesar... dan darah keluar banyak... kata babysitter, hari nie baby dah kurang merengek...tapi darah memang keluar banyak. perlukah ibu bawak 'baby' ke klinik sekali lagi? hari isnin yang lalu ibu dh bawak 'baby' ke klinik setelah kapur yang diletakkan kat bisul 'baby' oleh babysitter tu masuk mata 'baby'. kesian baby... menagis ja sebab habuk kapur tu masuk mata. habis kedua belah kelopak mata baby bercalar dek kerana 'baby' mengosok. terus ibu bawak baby ke kliniik sebab takut nant babysitter letak kapur lagi... doc bagi antibiotik dan ubat sapu. ibu tahu niat babysitter tu baik... cuba mengubati 'baby'... ibu tak sampai hati nak kata jgn letak kapur lagi. jadi bila ibu bawak ubat dari doc, babysitter takla terasa sangat.
Hari ini darah memang banyak. dah 2 kali ibu tukarkan kapas. harap2 esok bisul itu akan kecut. kalau tak ibu kena ikhtiarkan sesuatu. Risau hati ibu.
Pity girl...

Hari ke 4 - baru balik klinik. Bisul mula membesar...

Hari ke 5 - Darah dah kering. Bisul pecah setelah kepala terhantuk kepala katik. nasib baik kepala katil tu berspan...

Hari ke 6 - Darah asyik mengalir... babysitter letakkan kapas


Note : 'baby' = Nurhannah Aqilah, putri bongsu.